Sabtu, 20 Februari 2010

Kronologi Kelahiran Muhammad Irsyad Aqeel



sehari sebelum kelahiran Irsyad Aqeel

19-02-2010




Pada petang jumaat (19.02.2010) aku bersama keluargaku serta Ummi, Ayah dan adik-adikku berkelah di pantai batu buruk...kami makan2 sambil borak2. Dalam masa yang sama perutku menyucuk-nyucuk sekali sekala. Namun aku biarkan saja. Mungkin tak de apa2 kot. Aku asyik melihat gelagat suamiku melayan kerenah anak2. ceria bermain layang2 sambil dibantu mak usunya....Dah hampir lewat petang kami beredar untuk pulang ke rumah.

Sampai di rumah perutku semakin kencang sakitnya.So aku hantar kedua-dua anakku Kakak n Angah ke hostel Cikngah (Cikngah tu warden MMCe). Ummi n Ayah mengambil keputusan untuk tidur di hostel gak.Tepat jam 9.00 mlm aku bersama suamiku bertolak ke Pusat Perubatan Intan. Sampai di sana aku di rawat oleh Dr Kamsiah Kamsah dan beliau mengesah aku kena tahan di klinik cz dah ada tanda permata hatiku bakal muncul tak lama lagi.

So aku terpaksa bermalam di PPI. Semalaman aku tak lena tidur. Jantung berdebar2. Sememangnya kecut perut dok spital neh..Esoknya aku Dr periksa lagi. Dan aku disuntik.Start pukul 4 ptg perut dah terasa sakit setiap 15 minit bertukar 10 minit dan aku tak tahan terus berjumpa nurse utk check buat sekian kalinya. Dan jawapannya belum masanya lg so aku balik semula bed ku.

selang 5 minit kemuncak kesakitan ku. aku cuba melangkah ke bilik bersalin namun selang beberapa langkah aku dah tak tahan so nurse bawaku kerusi roda...sememangnya permata hatiku ini tak sabar untuk melihat umminya. Di kerusi roda itulah dia lahir. Aku tersentak.



Sememangnya sebelum ini aku tidak pernah melihat bgmn anak dilahirkan cz bila bersalin kita dalam keadaan terbaring so Dr hanya bagi kita lihat baby bila dah dipotong tali pusatnya. Berlainan pula dengan kehadiran putera tunggal ku ini. Aku melihat sendiri dia dikeluarkan tanpa darah dibadannya dan Dr memotong tali pusatnya.


20.02.2010 Jam 5.45pm Pusat Perubatan Intan Sdn Bhd


Tiba-tiba sahaja badan ku menggeletar panik,takut n terkejut.Bergoyang katil pada masa itu. Tiba-tiba Nurse hadiahkan aku satu suntikan selepas lahir 2. Bayiku selepas keluar sahaja Tangisan kuatnya memecah kesunyian petang itu. tepat Jam 5.45pm Muhammad Irsyad Aqeel selamat dilahirkan dan telah diazankan oleh Abahnya Mohd Muliadi Sallleh.

Allahuakbar. Mahasuci Allah. Setelah anak keluar saja dari perut kita Subhanallah hilang segala kesakitan. Tatkala aku melihat wajah mulus bayiku. Tetiba sahaja aku menjadi bertenaga.

Sekali lagi aku bermalam di PPI. Malam ini tidurku terasa terlalu panjang. Aku ada merasa sesuatu. Pejam saja mata aku terasa ada satu tagn panjang menghulur ke perutku dan perut ku terasa macam digerudi. Aku terjaga. Bila mata ku hampir terlelap aku rasakan katilku digoyangkan lantas aku membuka mataku. Aku beristigfar banyak2.Aku lihat jam di tangan ku hampir pukul 4.30pg tetiba aku dikejutkan oleh satu tempikan yang kuat iaitu dari kakak sebelah bilikku. Dia pun nak bersalin. Tepat jam 5.30pg terdengar suara tangisan bayi .Itu menandakan dia dah selamat bersalin.

OOOhhh malam yang menggerunkan.Cukup menakutkan bila kita berada dlm keadaan begini.
Aku menjalani proses berpantang seperti bertungku, salai.best memang best cz dapat cuti 2 bulan. Kurasakan badanku bertambah sihat. Selepas 30 berpantang di rumah Ummi Di tengkawang, Aku balik ke rumahku di Quarters TM, Rusila. Dan aku masih lagi berpantang sambil menjaga 3 cahaya mataku. Aku terpaksa balik awal cz kakak dah bersekolah tak boleh cuti lama sgt.