Ahad, 19 September 2010

Raya 2010

Alhamdulillah ramdhan dah berlalu...Syawal muncul....mengamit 1001 keceriaan...bagi kita yang dewasa kesedihan menimpa coz dah abis ramadha...30 hari rasa sekejap sangat...Syawal bertamu...snak saudara berhimpun ...keriuhan melanda...time ni la kanak2 riang berbaju baru, dapat duit raya...dan dapat bertemu rakan2...yang pasti boleh makan mcm2...Foto diambil melakar sejuta memori....Alhamdulillah...


Keluarga Bahagia


bersama Ummi tercinta



ABD WAHAB & RUHANI FAMILY

Jus Mate....membuatku ceria....

Alhamdulillah di bulan Ramadhan yang membawa seribu rahmat....berkat kesungguhanku...10 hari ramadhan aku telah turun berat badan sebanyak 5kg...masih lagi berjuang untuk kurangkan 10kg lagi.....bila berjaya...keceriaan bertambah dan akan ku berusaha mencari ahli JM5...menjana pendapatan.....


Selepas penggunaan JM5



Gambar sebelum menggunakan JM5....

Isnin, 6 September 2010

KAD UCAPAN SELAMAT HARI RAYA......

Kad Ucapan special dari hubby yang tak pernah dilupakan...tapi sorry sayang tak pernah dibalas oleh isterimu ini....tapi ayang amat menghargainya...Tqvm Darling.....


hanya yang ini ada dalam simpanan.....yang lain dah ilang daaa

Ahad, 5 September 2010

Hari Ulang Tahun perkahwinan

5.9.2003 -5.09.2010

Hari ini genap usia perkahwinan kami yang ke tujuh. Banyak liku kehidupan yang telah dilalui. Kehadiran cahaya mata mengeratkan lagi kasih dan sayang antara kami.Kehadiran 3 permata hati amat mengembirakan kami sekeluarga.Nur Liana Aqeelah, Nur Irdina Aqeelah Dan Muhammad Irsyad Aqeel.

Suamiku tercinta, Terima Kasih tak terhingga kerana menyayangi insan yang kau panggil sayang ini...isterimu. Tahun ini amat bermakna kerana tarikh keramat ini jatuh pada bulan kebesaran "Bulan Ramadhan". Di sepanjang tempoh itulah dirimu tidak pernah lupa untuk hadiahkan kad raya buat diriku ini..

Ya Allah, Berkatilah perhubungan kami ini agar sentiasa dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki dan diluaskan ilmu dan amal di dunia dan di akhirat...Kukuh dah teguhkanlah kasih sayang kami ini...Amin...


Dedikasi buat Suamuku tercinta:

Abang,
Tatkala lafaz aku terima nikahnya...
terkeluar dari mulutmu,
aku sah menjadi milikmu selamanya,
Segalanya tergalas di bahumu.

7 tahun bersama,
5.9.2003 tarikh tersemat,
3 permata hati
membuatkan diriku amat berharga
Susah senang kita bersama,
menguji kesabaran
mengharung dugaan.

abang,
Maafkan dinda
sekiranya sepanjang tempoh itu
terkeluar dibibirku
bicara menghiris kalbu
alpa dan leka di setiap masa

abang,
Dalam ketenangan
aku melafazkan
Aku CINTA
Aku SAYANG padamu.....



Kad Hari Raya 2010


Tqvm



Ayat-ayat cinta




Happy Family...