Ahad, 5 September 2010

Hari Ulang Tahun perkahwinan

5.9.2003 -5.09.2010

Hari ini genap usia perkahwinan kami yang ke tujuh. Banyak liku kehidupan yang telah dilalui. Kehadiran cahaya mata mengeratkan lagi kasih dan sayang antara kami.Kehadiran 3 permata hati amat mengembirakan kami sekeluarga.Nur Liana Aqeelah, Nur Irdina Aqeelah Dan Muhammad Irsyad Aqeel.

Suamiku tercinta, Terima Kasih tak terhingga kerana menyayangi insan yang kau panggil sayang ini...isterimu. Tahun ini amat bermakna kerana tarikh keramat ini jatuh pada bulan kebesaran "Bulan Ramadhan". Di sepanjang tempoh itulah dirimu tidak pernah lupa untuk hadiahkan kad raya buat diriku ini..

Ya Allah, Berkatilah perhubungan kami ini agar sentiasa dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki dan diluaskan ilmu dan amal di dunia dan di akhirat...Kukuh dah teguhkanlah kasih sayang kami ini...Amin...


Dedikasi buat Suamuku tercinta:

Abang,
Tatkala lafaz aku terima nikahnya...
terkeluar dari mulutmu,
aku sah menjadi milikmu selamanya,
Segalanya tergalas di bahumu.

7 tahun bersama,
5.9.2003 tarikh tersemat,
3 permata hati
membuatkan diriku amat berharga
Susah senang kita bersama,
menguji kesabaran
mengharung dugaan.

abang,
Maafkan dinda
sekiranya sepanjang tempoh itu
terkeluar dibibirku
bicara menghiris kalbu
alpa dan leka di setiap masa

abang,
Dalam ketenangan
aku melafazkan
Aku CINTA
Aku SAYANG padamu.....



Kad Hari Raya 2010


Tqvm



Ayat-ayat cinta




Happy Family...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan